BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »

hehe~

Tuesday, March 22, 2011

tak ketahuan

Assalamualaikum..

kepada sesiapa yang membaca..saya nak berceritera tentang kawan-kawan. saya pelik akan perubahan demi perubahan yang berlaku. ialah, diawal perkenalan, saya mengenali mereka dengan imej ini. tup-tup berubah menjadi itu. apa nak jadi? apa yang berlaku?

kalau perubahan itu mencoretkan senyum pada yang melihat, insyaAllah tiada masalah bagi saya. tetapi andai perubahan itu mengundang duka, wajarkah??

emosi milik sendiri..siapalah saya untuk menegur..

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. contohilah sifat pantai pada ombak.. biar sering dihempas dek badai ombak, pantai setia meneman hingga ke akhir dunia.. tapi, ibarat lidah tidak bertulang, menuturkan senang melaksanakan payah.. manusia...manusia..tepuklah dada, tanyakan iman di dalamnya...

kalau dulu teman, kini telah bermusuhan.. kalau dulu bermusuhan, kini menerbit pula pertengkaran.. bila masanya untuk pertengkaran menjadi damai??

kawan-kawan,

saya yang melihat, saya yang merasa.. sengsaranya melihat kita terpisah dek ego di dada, peritnya dilabel puak-puak berbeza.. saya merindu KITA yang dulu.. KITA yang bersahabat tanpa menyulam dendam..

hentikanlah sengketa..elakkan lah terasa dan merasa.. andai perkara ini tetap dirasa dan merasa, simpanlah ia dengan kemas di rohani.. elakkan penghamburan kata-kata berlembing racun... kata-kata yang kelak membunuh segala kenangan indah...hentikanlah juga segala racun hasut..apakah yang kawan-kawan dapat dengan menjadi penghasut?? relakah melihat kemusnahan KITA??

saya sayang kawan-kawan...saya sayangkan KITA...sayang sangat-sangat..

terasa dalam mimpi apabila keadaan yang saya impikan menjadi kenyataan.. hari sabtu menjadi hari terindah buat saya..melihat kebersatuan KITA...bahagia...gembira...girang tak terkira..

harap-harap, semua ini berkekalan.. biar apa yang orang perkatakan tentang KITA, yakinlah bahawa semuanya boleh diubah menjadi yang terbalik..tapi kawan-kawan, apa yang dikata orang haruslah kita perbetulkan.. hal ini kerana, kebenaran ada di sebalik kata cerca...renung-renungkan..

apabila menaip satu demi satu perkataan, saya menyedari... saya juga melakukan kesalahan demi kesalahan ini.. oleh hal yang demikian, biarlah saya akhiri coretan kali ini dengan,

Maafkan kekhilafan saya , kawan-kawan..

0 komen~:

Search This Blog