Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
6 years ago
saya berkongsi dengan yang sudi; sudi berkongsi tentang kembara; kembara dalam dunia realiti; realiti yang tak seindah mimpi; mimpi yang sering diimpikan..saya... P/S= i loike frog!!
assalamualaikum..
lamanya saya tidak mencoretkan sebarang cerita. hari ini tema saya adalah berbahasa dengan sebaiknya. manakala topik yang saya pilih adalah 'cerita tentang kini'.untuk makluman, saya telah dipilih utuk mengisi kekosongan di MLNG untuk jawatan STOCK TAKE EMPLOYEE. seronoknya. paling tidak, saya ada peluang mendapatkan wang saku dan juga pengalaman berharga. pengalaman yang semestinya berguna pada saat saya menjalani latihan industri saya. teman-teman sekerja sangat saya senangi. perbezaan antara umur, dan warna kulit tidak pernah menjauhkan kami. malahan,perkara ini menjadi batu loncatan dalam mempereratkan lagi hubungan kami. seronoknya! hari cuti semestinya diisi dengan tidur. tetapi, pada masa ini saya telah beralan- jalan bersama teman sesama blok. seronoknya bersiar-siar.walaupun sesak rasanya mengeluarkan perbelanjaan.
rindu pada isi rumah saya di meru, nun di Selangor sana. berapa berat beban rindu ini. ibu, nantikan kepulangan angah. tidak sabar rasanya ingin berkumpul bersama-sama keluarga tercinta. wah, penat sungguh untuk mengolah ayat.sebenarnya, kalau boleh diundurkan masa, saya tak ingin undurkan pun. tiada apa untuk dikesalkan. bak kata sahabat saya, norashikin khalid, yang turut mendapat nasihat daripada kawannya bahawa, hidup ini tiada apa yang perlu dikesalkan, dan hidup ini tiada apa yang perlu diubahkan. kesilapan adalah pelajaran paling berharga. insyaAllah, saya akan pastikan hal ini akan saya praktikkan.
berkenalan, bergaul mesra, bercanda, dan bermasam muka adalah lumrah dalam perhubungan sesama manusia. saya harus senantiasa mengingati hal ini. acap kali saya terlibat dalam persengketaan. bilalah saya akan menjadi sepenuhnya disayangi oleh semua?
sejujurnya saya amat mengharapkan kehadiran seorang lelaki untuk saya kasihi, dan untuk saya rasa ada seseorang selain keluarga tercinta yang mengasihi saya. namun, lama kelamaan saya sedar. bukan saatnya lagi. dan bukan selayaknya saya lagi. ada seorang lelaki yang pernah saya kasihi, dan saya yakin dia mengasihi saya. kekosongan tempatnya tidak akan pernah berganti. kerinduan terhadapnya tidak akan pernah diubati. namun, saya akur. bukan dia orangnya. dan tidak selayaknya dia untuk saya iktiraf setinggi itu. melampau sungguh saya. bukankah Allah S.W.T yang sepatutnya saya perbuatkan begitu? yang saya rindu, yang saya kasih? benar, cinta yang demikian terhadap Sang Makhluk adalah cinta yang menganjurkan dosa, sengsara, nestapa.
Kesimpulannya?biar waktu menjadi saksi, cerita tentang hidup saya yang sedari awal telah tertulis di Loh Mahfuz..Wallahu ‘Alam
di taip oleh diana waktu 5/15/2011 04:56:00 AM
0 komen~:
Post a Comment