BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »

hehe~

Saturday, May 21, 2011

perhubungan kami

assalamualaikum...coretan kali ini saya tujukan khas buat saidatul amira...


kita berkawan sekejap sangat kan??tp yg best nyer, kite bersahabat n bersaudara dalam tempoh yang sangat panjang...kehadiran mira pada masa itu, sangat fara hargai...sebab??mira mengisi kekosongan hati fara..bunyi macam tak berapa nk dan kan??cam senget je statement fara nie..tp serious, mira bebetol sangat special pada fara...keletah mira..pendirian mira...kat mata fara, kadang-kadang mira adalah adik..kadang-kadang mira jadi kakak...tapi sentiasanya mira adalah meneman fara...tak kira waktu...tak kira suasana..kita sama-sama seronok masa tu..kan mira??walaupun ramai x ske kite berkawan...ramai yang cuba mencelah, ramai gak yang nk memecah belah...tapi, kite still bersahabat..kan mira?? merajuk mira, baran fara...kita masing-masing tau kan sikap kita..??dan kita matang dalam mengatasi perselisihan kita, kan mira?


tapi...biasalah....mana pernah laut tak dilanda badai...macam tu juga persahabatan kita...entah dimana silapnya...entah apakah puncanya...kita makin menjauh...mira ke utara, fara tuju barat...mira belok kiri, fara belok kanan...persahabatan kita yang berusia 5 tahun, boleh dikatakan terlerai begitu saja...waktu itu, dek kerana marah yang menyingkatkan akal, kita berdua tekad mengabaikan persahabatan itu...ibaratkan, memang kita sejak azali berseteru...jujur kata, fara rindukan mira...tapi, x larat bibir nak ucap bila mengenangkan tingkah dingin yang mira zahirkan...fara terpaksa melepaskan mira pergi...ingat tak, fara pernah janji untuk menjaga mira..mempertahankan mira dari mana-mana manusia yang nak melukakan mira..fara melatah andai mengetahui akan sesiapapun yang marahkan mira...sakit hati nak langgar janji sendiri...tapi, keadaan yang buat kita jadi begitu...bukan fara yang rancang perkelahian... dan fara tau, bukan mira yang meminta keadaan ini..dan semakin lama, semakin kita menjauh...


untung ada facebook...mira add fara...fara terkejut...'ehh, surut dah rajuk dak kecik nie...' start fara aprove, kita mula berhubung semula...walaupun tak kerap...tapi masih kita berhubungan...dan bila ibu maklumkan mira datang raya rumah fara, walaupun fara dah balik kampus, fara tau...kita dah sedia untuk memulakan buku baru...cuti sem lepas, kita lepak...walau tak banyak kali sangat, walau rasa agak canggung, tapi kita berdua sedar, kita dah sedia...


mira, jangan salahkan fara kalau fara tak hubungi mira...keadaan yang buat fara jadi macam tu...walaupun  kerap, fara harap kita masih saling berhubung...fara harap mira tak lupakan persahabatan kita...bukan sedikit kenangan kita....kan mira?


last but not least, i will always love you girl~~keep in touch k??

if fara bukan sahabat dihati mira...fara tak kisah..asalkan, perkataan kawan itu masih menghubungkan kita.

0 komen~:

Search This Blog